Allah Muhammad
izzati pink worldღ
Pink world owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

Assalamualaikum! Hope you like my blog! Ctrl w if you hate it. Thanks for coming❤
ღIzzati pink worldღ


Owner
Izzati Sarafina Hanis Noorhazerin
19 Jun 2002
Penang ja
Pink forever! Don't make me angry!
Act like a lady, think like a boss
Saya kat sini

RULES

use nice words
Request? Of course you can!
can ask anything about my blog
Please register! So, I can blogwalking to your blog too
No spam here!
Ask for exchange link? Also can!

Kalau dah lama jenguk tu, jangan lupa solat!
Memories

Secret box♥



Pink's menu!!

Pinky world


Navigation
Izzati's novels Izzati's novelistar tips! Izzati's rules

Novelistar's tips yang ketiga {Penggunaan bahasa singkata dalam sesuatu karya penulisan}

 

   Hai semua! Pada entri kali ini, saya akan berikan novelistar's tips yang ketiga! Semua orang boleh baca terutama sekali seorang budak cute yang sanggup minta! Apa ya solan yang diminta? Hm, kalau nak tahu... baca dekat bawah ni!


   Hah, sekarang ni memang ada banyak jugalah novel yang guna bahasa singkatan ni! Apalah contoh-contoh bahasa singkatan yang sering digunakan oleh orang zaman sekarang? Korang semua sure tahukan? 

   Tak semua novel guna bahasa singkatan ni! Tapi, selalunya bila abah nak bawa saya pergi beli novel, bila belek ja novel tu, dah jumpa bahasa singkatan. Bukan semua novel, sikit ja! 

   Ok, persoalannya tadi, bolehkah kita menggunakan bahasa singkatan dalam penulisan kita terutama sekali dalam sesuatu karya yang boleh dibaca oleh semua orang!? Hmm, kalau korang semua nak tahu, saya ni tak mahir dalam penggunaan bahasa singkatan!

   Memang serius saya cakap! Memang tak mahir! Faham sikit ja! Tetapi yang hairannya, kenapa perkataan 'Aku' yang begitu singkat dan tidak sampai satu saat nak taip itu boleh lagi disingkatkan sampai jadi 'Aq'! Memang hairan! Tak apalah, modenlah katakan!

   Tetapi itu bukannya jawapan bagi soalan Sufia tu! Ok, saya rasa, lebih baik tak payahlah nak pakai kata-kata singkatan ni! Pada saya lebih baik tulis ayat penuh sahaja!

   Kalau dapat pembaca yang faham tu, nasiblah, kalaulah dapat pembaca macam saya ni, memang kena cari ayat penuh dari bahasa singkatan tu! Cari sampai pengsan!


   Just duduk dan bermain ja dengan muka surat novel tu! Hehehe! Itulah saya! Tapi memanglah menyenangkan tak payah nak tulis panjang, panjang! Kalau ada pembaca yang suka, oklah! Tapi kalau dapat pembaca macam saya ni, memang nasib malanglah!


    Ok, saya nak cakap sesuatu dekat korang semua ni! Kalau adalah dekat shoutbox atau entri, atau apa-apa pun, pakai nama saya dan ditaip dengan menggunakan kata-kata singkatan, janganlah percaya yang itu adalah saya!

   Mungkin di shoutbox, orang yang saja-saja nak permainkan korang! Kalau dekat entri tu, mungkin ahli family saya yang lain! Ok, dengar tau! Harap maklum!

   Kadang-kala tu kesian juga dekat kawan-kawan saya yang lain nak hantar mesej dekat saya! Diorang kenalah berpenat tangan taip penuh ayat-ayat tu! Kan saya ni tak faham bahasa singkatan!

   So, itu sahajalah pada hari ini! Harap Sufia dan pembaca yang lain berpuas hati! Kalau tak faham macam biasalah, baca ulang-ulang! Tapi kalau nak tanya tak menjadi masalah! Tanya ja dekat shoutbox atau kotak komen!

   Itu sahaja! Hope berguna! Assalamualaikum dan jumpa lagi! 

 Jangan ketawakan saya pula sebab tak faham bahasa singkatan! 

Label: