Allah Muhammad
izzati pink worldღ
♫PINK WORLD OWNER♫

Navigation : touch hover image



story owner linkies stuff rules

❤Assalamualaikum! Welcome to my pink world! Ctrl w if you hate it. Please be happy and keep smiling!❤
ღIzzati pink worldღ


♫A LITTLE BIT ABOUT OWNER♫

Izzati Sarafina Hanis Noorhazerin
19 Jun 2002
Pink forever!
♫LEAVE YOUR MELODY♫


RULES

use nice words
Request? Of course you can!
can ask anything about my blog
Please register! So, I can blogwalking to your blog too
No spam here!

♫SOLAT♫

♫MEMORIES...WILL YOU FORGET?♫

♪Kawaii secret box♪




♫Inspirations♫

Kawaii lady
A blog that contain a lot of tutorial and freebies...

Hana chie
A blog that give many inspirations

Syasya
The nice blogger

Next
???

Sentiasa yang terbaik



 Moshi moshi. Harap-harap semuanya ada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

And even though I was so bad, I've learned so much from you. Now I try to do it too. 
 Ok, ayat dekat atas tu adalah salah-salu lirik lagu Number one for me nyanyian Maher Zain. Kalau nak dengan lagu tu boleh dengar dekat youtube ja. Lagu ni memang best dan menyedarkan kita bahawa mak kita sentiasa yang terbaik.

 Saya adalah tertengok satu cerita ni. And I want to share it. Harap-harap kita boleh sedar dan tak akan sesekali pandang rendah dengan mak kita.

 Siapa ada mak yang bekerjaya? Ada yang ada, ada yang tak ada. Ada sesetengah mak kita ni sekadar suri rumah tangga. Ok, jadi saya nak share tentang cerita ni.

 Adalah seorang budak perempuan ni. Dia ni nak dikatakan masih sekolah rendah lagi. Hmm, masa tengok cerita ni, nama budak ni tak inform pun. Jadi saya nak bagi nama Rika lah dekat dia. Rika dapat result yang sangat bagus dalam peperiksaan dia. Dengan rasa begitu bangga sekali, dia pun pulang ke rumah dan terus bagitau dekat bapa dia.

 Bapa dia memang rasa happy sangat bila tengok result anak dia. Bapa siapa tak happykan kalau result peperiksaan anak dia cemerlang? And then, bapa dia pun katalah 'Rika mesti jadi macam mama Rika.' And then Rika pun diam jalah. Dia fikir something.

 'Ish, jadi macam mama?? Kenapa pula aku kena jadi macam mama? Mama hanyalah seorang suri rumah tangga yang tak ada apa-apa kerjaya. Kerja dia pun, masak, kemas rumah, basuh baju dan lipat baju. Layakkah aku nak jadi macam mama memandangkan aku boleh pergi jauh???' Tengok, Rika fikir yang macam tu.

 Bapa dia pelik juga tengok reaksi anak dia yang macam tak suka. Tiba-tiba Rika terus cakap dekat bapa dia.

 'Ish, kenapa Rika nak kena jadi macam mama? Rika tak nak jadi suri rumah tangga macam mama. Rika nak jadi macam wanita lain yang ada company sendiri, bisnes sendiri. Tak naklah jadi macam mama. Bukannya dapat apa pun kalau duduk rumah buat kerja jaaaa!' Macam tu cakap Rika. Bapa Rika diam ja.

 Tapi, Rika tak tahu yang mama dia dah dengar semua ayat anak dia tu. Cuba readers bayangkan perasaannya kalau readers di tempat mama dia?? Rasa sedihkan? Rasa macam diri tu useless kan? Rasa macam apa yang kita buat selama ni tak pernah dihargai.

 Ok, esok tu, Rika rasa lapar gila. Dia pun terus pergi dapur nak makan. Tapikan, Rika rasa sedih sebab mama dia tak masak hari tu. Rika pun terus pergi ruang tamu. Tengok tengok... mama Rika tengah baca buku. Rika pun terus pi tegur mama dia.

 'Mama, Rika laparlah. Mama tak masakkah? Mama pergilah masak.' Rika kata macam tu dekat mama dia. Readers boleh agak tak apa yang mama dia balas? Rasanya ada yang boleh agak.

 'Huh, pergilah masak sendiri. Kalau lapar sangat pergi masak sendiri!' Tengok, mama dia balas macam tu. Rika rasa macam pelik kenapa mama dia macam tu.

 'Ish, mama! Rika tak pandai masak. Rika tau buat sandwich ja...' Rika masih tak puas hati.

 'Kalau tau buat sandwich, makan sandwich jalah. Dah, pergi sana. Mama nak baca buku!' Mama dia balas macam tu. Rika pun dengan rasa sedih terus berlalu dari situ.

 Tiba-tiba bapa dia pula datang. Bapa dia minta suruh salin lampin anak kecil mereka. Mama dia tak nak dan suruh bapa dia yang tukarkan. Tengok, begitu kecil hati mama dia. Bapa dia pun pergilah tukar walaupun tak sekemas mama dia yang tukarkan.

 Rumah makin lama makin semak. Makin kotor. Mama dia masih macam tu. Asyik baca buku.

 'Mama! Kemaslah rumah juga. Semak gila rumah! Mama ni dah kenapa???' Ucap Rika. Mama dia buat endah tak endah.

 'Aduh, tak akanlah tak boleh kemas. Kemas ajalah.' Ucap mama dia. Rika tertunduk. Sedih betul dia.

 Pada malam hari, Rika sedang buat homework. Homework dia adalah cikgu dia suruh dia tulis satu karangan, siapakah yang kamu mahu jadikan idola? Siapakah kamu mahu jadi seperti bila besar nanti?

 Rika masih tak tulis walau satu pun patah perkataan. Dia terfikir. Siapa? Tiba-tiba dia teringatkan perbualan dia dengan bapa dia tempoh hari. Dia ada kata yang dia tak nak jadi macam mama sebab mama tak bekerjaya dan hanya duduk rumah buat kerja.

 Tapi dia baru sedar. Kalau mama dia tak masak, tak kemas rumah, tak basuh baju, tak jaga adik. Macam mana jadi? Lihatlah keadaannya. Memang teruk.

 Dia sedar mungkin mamanya telah mendengar segala kata-katanya hari tu dan tersinggung. Dia rasa bersalah sangat. Akhirnya dia dapat ideal dan terus tulis yang idolanya adalah mamanya sendiri. Dia nak jadi seorang wanita yang rajin macam mama dia. And then tertidur.

 Tiba-tiba mama dia masuk bilik dia dan terbaca karangan tu. Mama dia pun menangis. Mamanya masih sayangkan anaknya itu.

 Dan keadaan kembali macam biasa. Rika pun tolong juga mama dia buat kerja-kerja rumah. Kini dia sedar, kalau macam mana bekerjayanya kita, tapi kalau tidak rajin buat kerja rumah pun tidak ada gunanya juga. Kalau bekerjaya dan pandai buat kerja rumah lagi bagus!

 Jadi, Rika sedar yang mamanya sentiasa yang terbaik.

TAMAT

 Walaupun jalan cerita macam budak-budak, tapi ada something yang kita dapat. Betul tak? Jadi, janganlah pandang-rendah dengan mak kita walaupun beliau sekadar seorang suri rumah tangga. Ini kerana, mereka pun ada menyumbangkan sesuatu yang kita sendiri pun tak berdaya nak buat.

 Itu sahaja. Sharing is caring. Keep smiling because it's sunnah. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Sayonara!!!