Allah Muhammad
izzati pink worldღ
Pink world owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

❤Assalamualaikum! Welcome to my pink world! Ctrl w if you hate it. Please be happy and keep smiling!❤
ღIzzati pink worldღ


Owner
Izzati Sarafina Hanis Noorhazerin
19 Jun 2002
Penang ja
Pink forever!
Act like a lady, think like a boss
Saya kat sini

RULES

use nice words
Request? Of course you can!
can ask anything about my blog
Please register! So, I can blogwalking to your blog too
No spam here!
Ask for exchange link? Also can!

Kalau dah lama jenguk tu, jangan lupa solat!
Memories

Secret box♥



Pink's menu!!

Pinky world


Navigation
Izzati's novels Izzati's novelistar tips! Izzati's rules

This is my life!

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kesemua pengunjung blog pink novelistar! Korang semua sihat tak? Hehehe, harap sihat ya! Sekarang ni dekat Dato Keramat sedang hujan . Rasa sejuklah sikit bila dah HUJAN tu! Bukan kumpulan hujan tau! Hujan yang iklim bumi tu!

   Kalau hujan ja tak apa! Jangan pula ribut atau angin yang kuat! (Ribut dengan angin yang kuat samalah jakan???) Rasa risau jugalah kalau ada ribut tu! Teringat peristiwa masa hujan lebat dan bumbung dekat dapur tu tercabut! Memang lucu! Masa tu bapa saya kerja . Mama saya pulalah dok buat ramai! Adakah patut mama saya call abah saya dan kata habis rumah, bumbung semua melayang! Macam mana tak risau abah saya tu!?

   Abang saya masa tu sedang main bola dengan kawan-kawan dia! Mungkin diorang berteduhlah kot kat mana-mana sebab hujan punyalah lebat dan angin pun kuat! Masa tu memang takut dan apabila teringat balik nak ketawalah pula! Masa tu tahun lepas! Form 1!

   Bila hujan berhenti, kotorang pun tengoklah kat luar apa yang dah jadi, tengok-tengok, ampaian semua dah tercabut dan baju melayang entah ke mana! Tapi nasib baik jumpa! Abanh saya terpaksalah keluarkan duit untuk baiki semula rumah tu dan kami lima beradik kena hantar pergi Teluk Bahang! Tak ada tempat nak tidur malam tu! So, hantarlah!

   Tapi tujuan saya buka entri ini bukan untuk menceritakan tentang perkara itu semata-mata! Saya nak berceritakan tentang kisah hidup saya dan keluarga yang tidak seberapa senang! Dulu-dulu masa sekolah rendah, duit sekolah hanyalah dua ringgit! Saya tak malu pun nak cerita sebab memang pun!

   Gaji abah saya pun dua ribu ringgit sebulan . Bangun tidur awal pagi, ayam tak bangun abah saya dah bangun nak pergi kerja! Rasa sedih pun ada! Kadang-kala masa sekolah pun, kalau abah saya tu kerja pagi, saya akan ikut abah saya ke kerja! Bukan pergi kerja! Tumpang abah nak pergi sekolah awal pagi sebab malas nak jalan dengan abang! Hehehe!

   Hidup saya tak sesenang tengku rusdi! Kaya-raya, rumah besar mengalahkan pasar raya tesco! Klau cuti panjang pun, tak pergi mana, sekadar duduk rumah dan bantu-membantu mama dan abah di rumah! Kami tahu, yang abah memerlukan duit itu dengan perkara-perkara yang lebih penting! Abah saya tak pernah berhutang! Beliau sangat pantang dengan berhutang! Beli semuanya cash! Kalau ada, ada, tak ada, duduk diam jalah! Saya untung dapat abah yang macam tu!

   Beliau pernah berkata, bila beliau pergi meninggalkan kami, beliau tak nak mama saya menanggung kesemua bebanan hutang itu!

   Kami tak macam keluarga lain yang bersosial, bercampur! Kami selalu menghabiskan masa bersama dengan berbual di halaman rumah sambil menikmati hidangan petang, bergotong-royong ataupun berjalan-jalan dekat sekeliling Penang ni! Tak keluar pun dari Penang! Saya keluar pun masa sekolah bawa sekolah kami, Sekolah Kebangsaan Dato Kramat ke Kedah .

   Saya pergi ke sekolah masa form 1, tiga ringgit, tahun ni up sikit sebab keputusan peperiksaan baik so naiklah satu ringgit, jadi EMPAT RINGGIT! YESSSSSSSSSSSSSSSSS! Saya suka makan dua ringgit sehari dan lagi dua ringgit saya simpan! Untuk keperluan! Kalau persatuan minta yuran, saya akan gunakan duit tersebut untuk membayarnya dan tidak akan mengacau abah saya!

   Sebab tulah bila saya tengok kisah orang susah ni, saya jadi kesian sebab saya tahu diorang punya kesusahan yang dialami kerana orang kaya tidak akan pernah faham perasaan mereka! Sbeba ut saya akan selalu berdoa agar mereka diberkati Allah dan lebih tabah!

   Sebenarnya ramai yang kata saya ni ketinggalan zaman sebab saya tak ada facebook, instagram, wechat dan whats'aap! (sorry kalau salah eja!) Kalau abah nak belikan saya telefon, saya tak nak sebab saya rasa yang saya tak perlukan, ada pun telefon lenovo milik abah berikan kepada saya! Tu pun saya tak gunakan sangat, guna pun untuk contact kawan tentang homework!

   Sebab tulah saya nak jadi lawyer! Supaya saya nak buktikan kepada semua orang yang orang susah pun boleh berjaya! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kerana kejayaan tidak datang bergolek! Saya tidak seperti orang lain yang dimanjakan dengan harta dan kekayaan yan melimpah-ruah, abah saya berpesan, apa yang saya nak, saya harus usaha untuk mencarinya sendiri agar kita tahu yang betapa susahnya nak dapatkan sesuatu benda!

   So, barulah kita tahu nak hargai benda itu, kalau tak kita tidak akan hargainya kerana bagi kita, benda itu sangat senang untuk didapatkan!

   Saya pun taklah macam orang lain yang ada boyfriend! Apa pun saya akan dahulukan keluarga, agama dan kejayaan saya! (BUAT SEDIH PULA!) So, itu sahajalah coretan saya pada kehidupan saya hari ini! Harap semua orang boleh mengenali saya dengan lebih mendalam! Itu sahaja, assalamualaikum dan jumpa lagi! Ac like a lady, think like a boss! Bye and take care!


 This is my life! I am Sarafina! Only me can changes my life! This is my focus!