Allah Muhammad
izzati pink worldღ
Pink world owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

❤Assalamualaikum! Welcome to my pink world! Ctrl w if you hate it. Please be happy and keep smiling!❤
ღIzzati pink worldღ


Owner
Izzati Sarafina Hanis Noorhazerin
19 Jun 2002
Penang ja
Pink forever!
Act like a lady, think like a boss
Saya kat sini

RULES

use nice words
Request? Of course you can!
can ask anything about my blog
Please register! So, I can blogwalking to your blog too
No spam here!
Ask for exchange link? Also can!

Kalau dah lama jenguk tu, jangan lupa solat!
Memories

Secret box♥



Pink's menu!!

Pinky world


Navigation
Izzati's novels Izzati's novelistar tips! Izzati's rules

Novelistar's tips kedua! {100% pengalaman diri sendiri???}


   Hello semua yang datang blog ni untuk membaca novelistar's tips yang kedua ni! Tak silap saya, siapalah yang minta tips ni? Antara empat budak comel ni jalah! Tengok, tengok! Ni namanya!


   Abaikan sahaja nama saya yang warna pink tu! Saja nak letak sebab nikan hak saya! So, antara empat budak comel ni ja yang saya tak sure siapa minta! Saya ok ja! Novelistar's tips mana yang korang nak, saya boleh bagi!

   So, apa soalannya? Soalannya apa ya? Hah, baca yang dekat bawah ni! Inilah soalannya!



    Lebih kurang macam tulah soalannya! Betulkah? Harap memang betullah soalan tu dan jawapannya pun kenalah dengan soalannya tu! (Sorry kalau berbelit!) So, senang sahaja nak jawab soalannya!

   Ok, jom kita mulakan! Kan saya dah kata pada novelistar's tips yang pertama tu! Ingat tak apa yang saya cakap taip dalam novelistar's tips yang first-first sekali! Tak semua orang ada anugerah atau kebolehan ni!

   So, persoalannya, macam mana kita nak tulis novel tapi tak ada ideal dan nak letak pengalaman kita yang betul-betul tanpa penambahan atau pengurangannya dalam satu cerita tu. Faham tak? Kalau tak faham korang semua ulang-ulang jalah sampai faham!

   Mungkin ada dua sebab! Yang pertama korang rasa macam malas nak cari ideal! Rasa malas nak fikirkan ideal novel yang menarik! Yang boleh membuatkan semua orang rasa tertarik nak baca novel kita.


    Kan, kan, kan! Sebab saya tengok kebanyakkan novel ni, ceritanya semua sama! Sampai dah muak dan nak termuntah! Asyik-asyik perkara yang sama macam perkahwinan yang dipaksa, tak tahu yang dia tu orang kaya, dia suka lelaki ni tapi lelaki ni suka orang lain! Ah, macam-macam! itu, membuatkan seseorang itu malas berfikir!

   Rasanya amat jemu dah korang pun akan rasa kalau nak buat cerita tu macam mana reaksi orang lain! So, korang just akan conteng meja macam anime comel yang sedang conteng-conteng tu! Kenalkan dia siapa!?

   Yang kedua pula, mungkin dia sedang terfikirkan banyak ideal tetapi masih tak dapat! Sampai sehari-suntuk asyik fikirkan benda yang sama! Sampai buku, pen, komputer dah jemu tengok muka dia!

   Dia buatlah macam mana pun, dia masih tak dapat ideal! Tak dapat apa-apa pun! Kalau dapat pun semuanya mengarut!


   Mungkin dia memang telah ditakdirkan dengan tidak mempunyai kebolehan tu! Nak menulis ni bukannya senang! Terutamanya nak menghasilkan sebuah novel! Jadi jangan ingat benda ni senang!

   So, untuk menjawab soalannya itu tadi, saya rasa tak salah kalau nak letak pengalaman kita tu, tapi kita kena ubah suaianya sikit! Jangan sampai nak masukan sama seratus peratus terus! Kenalah private sikit!

   Tapi akak, macam mana nak ubah suainya? Alah senang ja, baca tips yang dekat bawah ni! Insya-Allah korang faham.




   Faham tak? kalau tak faham baca ulang-ulang! Kalau tak nampak, klik ja gambar tu untuk tumbesaran! Tapi kalau tetap tak faham juga, tanya dekat saya sahaja! Bukan pada peminta sahaja, pada sesiapa yang berminat pun boleh tanya, Insya-Allah saya boleh selesaikannya!

   So, rasanya itu sahajalah! Hope berguna kepada semua pembaca termasuk antara budak comel empat orang tu juga ya! Kalau tak faham buat apa? Tanya! Ok! Assalamualaikum dan jumpa lagi!

Label: