Allah Muhammad
izzati pink worldღ
Pink world owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

❤Assalamualaikum! Welcome to my pink world! Ctrl w if you hate it. Please be happy and keep smiling!❤
ღIzzati pink worldღ


Owner
Izzati Sarafina Hanis Noorhazerin
19 Jun 2002
Penang ja
Pink forever!
Act like a lady, think like a boss
Saya kat sini

RULES

use nice words
Request? Of course you can!
can ask anything about my blog
Please register! So, I can blogwalking to your blog too
No spam here!
Ask for exchange link? Also can!

Kalau dah lama jenguk tu, jangan lupa solat!
Memories

Secret box♥



Pink's menu!!

Pinky world


Navigation
Izzati's novels Izzati's novelistar tips! Izzati's rules

Dah nak puasa!

 

   Hello dan hai pada readers yang sudi datang blog ni! Yes! Header dah tukar! Kan dah nak puasa! Bulan Ramadhan juga akan datang! So, hari ni ada banyak kerja yang nak dibuat! Yes, saya, adik saya dengan mama saya sama-sama kemas rumah! Kan dah nak masuk bulan baik! Rumah biarlah bersih!

   Ada waktu free ni, cepat-cepatlah buka laptop dan update entri! Kita kemas rumah ni bukannya untuk bulan Ramadhan dan Syawal sahaja! Hari-hari kita kena kemaskan??? Janganlah pula nanti jadi macam satu situasi ni...

"Nana, cepat tolong mama kemas rumah!" And then, Nana jawab... "Alah, bukannya nak puasa atau raya pun! Nanti tunggu raya dengan puasa Nana kemaslah!"

   Ok, walaupun agak merepek tapi ada juga sesuatu yang kita dapat dari dialog dekat atas tu! Jangan nanti tunggu raya dengan puasa, barulah sibuk nak kemas! Kenapa tak kemas sahaja pada pagi raya! Senang sikitkan! Kan nak tunggu raya, kemaslah waktu raya!

   Ada juga yang lebih teruk! Macam situasi ni...

"Mimi, cepat tolong mama kemas rumah!" And then, Mimi jawab... "Alah, malaslah Mimi nak kemas!" Lepas tu mama dia cakap lagi. "Kan esok dah nak Ramadhan! Rumah kenalah kemas!" Mimi pun menjawab... "Alah, Ramadhan ja pun! Kenapa ya, bila nak Ramadhan, semua orang sibuk nak kemas rumah? Rileks sudallah kan!"

   Yang tu memang tak boleh! Dahlah tu, dapat pahala free pula sebab cakap dengan mak macam tu! Cara percakapannya macam bercakap dengan member! Memang tak ada adab dan tak sopan langsung!

   So, pada yang lelaki tu tau sangatlah kan, diorang bukannya nak buat kerja rumah ni sangat! Adalah juga yang bantu tapi taklah lebih-lebih. Ada juga yang tak bantu langsung! Tapi oklah juga. Yang perempuan nilah kena rajin. Jangan nak duduk layan facebook ja memanjang!

   Alah, bukan facebook sahaja, wechat, whats'app, instagram! Macam-macam lagi media sosial! Perempuan ni kena rajin tolong mak! Macam saya! (Hahaha! Masuk bakul, angkat sendiri!) Pesanan ni harap readers semua boleh ambillah ya!

   Kalau tak nak ambil? Hmm, kalau tak nak ambil sudahlah! Tak nak cakap lebih-lebih, nanti kena kata pula! Macam-macamlah nanti kena kata.

Alah, perasan baguslah pula! Buatlah macam diri tu bagus sangat! Asyik-asyik nak nasihat orang, nasihatlah diri-sendiri tu dulu! Buat teruklah dia ni!

   Memang! Sebab semua kata-kata tu saya pernah terima masa nak beri nasihat dekat orang! Sure akan kena kata macam tu! Tapi saya tak kisah, just pekakkan telinga sebab saya ni jenis yang suka beri nasihat dan suka dengar nasihat orang lain! So, kalau saya ada buat salah tu, tegur-tegurlah saya ni!

   Eh, banyak pula saya ni bercakapa sampai terkeluar dari landasan tajuk! So, saya rasa itu sahajalah untuk hari ni! Walaupun lari dari tajuk, tak apa! Saya nak bagi satu quote bulan Ramadhan! Baca dan hayatilah maksudnya ni betul-betul!



       Quote ni bukannya saya punya pun, just ambil dari mana-mana islamic quotes dan tulisnya sendiri di imej yang saya suka sebab dari tadi saya asyik fikir quote yang menarik tapi tak jumpa! Last-last dah terdesak, terpaksalah cari dekat google!

   Jadi itu sahaja! Selamat menyambut Ramadhan dan moga kita mendapat sesuatu yang bermakna dari bulan yang mulia ini! Just that, assalamualaikum dan bye :)