Allah Muhammad
izzati pink worldღ
Pink world owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

❤Assalamualaikum! Welcome to my pink world! Ctrl w if you hate it. Please be happy and keep smiling!❤
ღIzzati pink worldღ


Owner
Izzati Sarafina Hanis Noorhazerin
19 Jun 2002
Penang ja
Pink forever!
Act like a lady, think like a boss
Saya kat sini

RULES

use nice words
Request? Of course you can!
can ask anything about my blog
Please register! So, I can blogwalking to your blog too
No spam here!
Ask for exchange link? Also can!

Kalau dah lama jenguk tu, jangan lupa solat!
Memories

Secret box♥



Pink's menu!!

Pinky world


Navigation
Izzati's novels Izzati's novelistar tips! Izzati's rules

Welcome to myself! (again)



   Hai dan apa khabar? Harap sihat sahaja sentiasa! Jangan tak sihat pula! Oklah, kalau tak sihat tu jangan lupa makan ubat! Tak apalah, nanti mungkin dalam masa beberapa hari sihatlah tu! Kenapa cakap macam tu? Entah, saya pun tak taulah! Eh, apa yang saya sedang merepek?

   Oklah, dah lama tak buka blog! Rindu tak dengan saya? Oklah, melawak ja! Bergurau-senda membawa bahagia tapi kalau nak bergurau atau melawak pun tak payahlah lebih-lebih kan? Setuju? Kalau setuju tu senyum lebar-lebar! :)

   Ada jugalah kawan-kawan yang tanya.

Kenapalah lama tak buka blog? Sibuk sangatkah? 

   Entah, bukannya saya tak tahu jawapannya cuma rasa macam susah sikit nak explain macam mana! Yalah, adikkan UPSR tahun ni, UPSR pun bulan depan! So, dia minta tolong ajarkan soalan-soalan yang akan keluar macam formula dan teknik. Yalah buku nota UPSR saya yang dulu tu masih ada sampai sekarang. Simpan jalah untuk kegunaan adik-adik. Senanglah diorang tak payah susah-susah nak salin nota. Kalau macam tu, saya kerah dia juga untuk ada buku nota sendiri.

   Bukannya kejam! Bukannya dengki! Kalau kita nak sesuatu perkara tu, kenalah dapatkannya dengan usaha. Kalau asyik kena suap ja memang tak akan boleh untuk dapat sesuatu. Boleh tapi susah sikit. But, lagi oklah daripada tak nak mencuba terus!

   Saya tak naklah ajar dia asyik harapkan orang sahaja. So, buku nota sendiri memang kena ada. Kalau tak ada memang kena makan penampar super! Buku nota saya yang lama tu masih disimpan sebab nota tu masih boleh guna lagi untuk pembelajaran yang terkini. Ada kegunaannya lagi!

   Lagipun tengok UPSR diorang tu dah macam lain formatnya. Soalan KBAT banyak! Entahlah. Memang nasib dioranglah!

   Jadi, bukan tu ja reasonnya sebab kenapa lama tak buka blog!

Dulu, saya ni memang rajin sangatlah nak tulis blog. Satu hari, pasti dua atau tiga entri. Tapi entahlah, lama-kelamaan, tiba-tiba rasa macam bosan! Rasa macam ada sesuatu yang tak kena! Bukannya apa, ramai jugalah yang kata, kalau kita suka sesuatu perkara tu, lama-kelamaan, kita akan bosan juga! Tapi ada masanya kita nak sukanya balik! Entahlah kenyataan tu betulkah tak. Saya dapat fakta ni daripada blog seseorang. Saya just tulis ja. Salah atau betul memang tak pasti!

   Rasanya, tu sahajalah untuk hari ni! Hope dapat berjumpa lagi pada entri yang akan datang! Welcome to myself! Yeah! Lagi sekali lepas tu tak buka lagi. Entahlah, kita merancang, Allah SWT yang menentukan! So, tu jalah! Assalamualaikum and see you soon! :)