Allah Muhammad
izzati pink worldღ
Pink world owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

Assalamualaikum! Hope you like my blog! Ctrl w if you hate it. Thanks for coming❤
ღIzzati pink worldღ


Owner
Izzati Sarafina Hanis Noorhazerin
19 Jun 2002
Penang ja
Pink forever! Don't make me angry!
Act like a lady, think like a boss
Saya kat sini

RULES

use nice words
Request? Of course you can!
can ask anything about my blog
Please register! So, I can blogwalking to your blog too
No spam here!
Ask for exchange link? Also can!

Kalau dah lama jenguk tu, jangan lupa solat!
Memories

Secret box♥



Pink's menu!!

Pinky world


Navigation
Izzati's novels Izzati's novelistar tips! Izzati's rules

Parents' sacrifice




   Semua orang pasti ada ibu dan ayah! Kalau tak, tak akan lahirlah kita ni. Kalau kita sakit, merekalah yang akan menjadi seseorang yang paling risau dan mengambil berat! Sanggup bawa kita pergi hospital, tak tidur malam semata-mata risaukan tentang kita!

   Kalau ada yang kata mak dengan bapa mereka tak pernah pedulikan mereka memang tipu sangat! Mana ada mak dengan bapa yang tak sayangkan anak mereka. Mana ada mak dengan bapa yang tak pentingkan kita dan mana ada mak dengan bapa yang tak kisahkan kita!

   Cuba buka album kita masa kecil dan tengok tapak kaki kita dulu. Kecilkan! Cuba tengok tapak kaki kita yang sekarang ni. Pernah ada terfikir tak nak rasa berterima kasih kepada mereka yang telah menjaga kita sampai besar macam ni!? Pernah tak?

   Bayangkan kalau ibu dan bapa kita sudah pergi untuk selamanya? Bangun sahaja tidur, tengok mereka dah tak ada! Selalunya dengar mereka berleter. Suruh kita buat yang tu, buat yang ni! Tapi tiba-tiba mereka dah tak ada! Dah tak akan ada untuk selamanya! Pasti akan rasa kehilangan!

   Ok, kalau semua nak tanya fasal pengorbanan ibu dan bapa kita. Mereka tak akan pernah cerita langsung fasal pengorbanan mereka dekat kita! Tak pernah ungkit pun! Tapi kalau kita, baru beli bunga dah ungkit macam bagi duit sejuta! Percaya tak?

   Tapi, setakat bunga yang harga baru beberapa ringgit tu tak boleh dibayar dengan pengorbanan mereka yang entah berapa banyaK tu! Memang tak terkira banyaknya! Tetapi mereka tak pernah kisah!

   Kalau nak kira berapa banyak duit yang bapa kita pakai untuk kita memang banyak! Perbelanjaan sekolah, universiti, makan, minum dekat rumah, keperluan kita, kehendak yang entah apa-apa macam telefon baru dan sebagainya! Banyaklah!

   Tak termasuk dengan perbelanjaan masa kita bayi. Lampin, baju bayi, bedak, susu, itu, ini! Wow! Memang tak boleh kiralah! Memang banyak sangat!

   Memanglah kadang-kala tu ibu kita pernah marah kita! Selalu marah! Sure dalam satu hari tu, kita akan dimarahi oleh ibu atau bapa! Kena sindir pun jadilah!

   Ibu dengan bapa memang lain! Ibu ni macam suka marah sikit. Buat salah sikit ja,pasti kena marah! Kalau bapa ni macam rileks sikit! Boleh bersabar! Tapi kalau menjadi-jadi perangai kita ni pun, kesabaran tu akan pecah berderai macam kaca!

  
   Kalau tak buat kerja pun pasti kena leter juga! Itu memang famous! Jangan haraplah mak kita nak biar kita duduk rileks! Jangan harap! Mak kita nak ajar supaya kita boleh berdikari!

    So, rasanya tu sahaja untuk kali ni! Harap boleh terkesan dan sedar betapa sayangnya ibu dan bapa dekat kita! Kita ni ada akal,fikiran! Fikirlah! Ada sesetengah orang ni, kena marah sikit, nak lari rumah!

   Itu sahaja, assalamualaikum dan jumpa lagi pada entri yang akan datang! Bye!