Allah Muhammad
izzati pink worldღ
Pink world owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

❤Assalamualaikum! Welcome to my pink world! Ctrl w if you hate it. Please be happy and keep smiling!❤
ღIzzati pink worldღ


Owner
Izzati Sarafina Hanis Noorhazerin
19 Jun 2002
Penang ja
Pink forever!
Act like a lady, think like a boss
Saya kat sini

RULES

use nice words
Request? Of course you can!
can ask anything about my blog
Please register! So, I can blogwalking to your blog too
No spam here!
Ask for exchange link? Also can!

Kalau dah lama jenguk tu, jangan lupa solat!
Memories

Secret box♥



Pink's menu!!

Pinky world


Navigation
Izzati's novels Izzati's novelistar tips! Izzati's rules

Tak pernah faham




 Hello! Rasanya macam mula nak aktifkan balik blog. Rasanya kalau tak pedulikan blog yang diupdate macam-macam rasa sia-sia. Banyak widget tapi entri kosong.

 Tujuan entri kali ni bukannya apa. Tak ada kena-mengena dengan life saya pun sebenarnya. Tapi cuma tengok gelagat orang sekeliling, rasa tak faham kenapa macam tu.

 Manusia ni tak sempurna. Semua ada buat salah. Memang tipu sangatlah kalau kata yang kita, manusia biasa ni sempurna. Tak ada sesiapa pun yang perfect dan saya rasa jarang nak jumpa orang yang mengaku diri-sendiri ni macam malaikat atau perfect!

 Kalau kita ada buat salah dan ada yang tegur, jangan anggap yang dia tu benci. Dia hanya nak kita tak ulanginya lagi sebab memang terang-terang kita buat salah. Takkan kita ni nak senyum ja. Kenalah tegur.

 Dan jangan anggap kalau orang tak tegur kita buat perkara yang salah tu, bermakna dia sokong. Itu maknanya, dia dah malas nak ambil tahu dan dia hanya buat tak kisah sahaja. Pada dia, nak jadi apa, jadilah. 'ada aku kisah!?' Itulah yang kebanyakkan orang suka cakap.  ;)

 Kalau ada yang sokong kita buat sesuatu yang memang salah, maknanya dia pun dua kali lima sahaja.

 Jadi, kesimpulannya. Kita ni kenalah jadi orang yang suka mendidik dan dididik ke arah kebaikan. Itukan lebih baik. Kalau kita buat benda tak betul, dan ada orang yang prihatin tegur, kenalah dengar dan jangan ulanginya lagi. Kalau orang buat salah, kita pula yang tegur. Lagi-lagi sesama Islam. Betulkan??

 Dan kalau nak tegur pun, janganlah kasar-kasar. Janganlah guna kata-kata kesat. Kecil hati orang tu. Nanti tak pasal-pasal, jadi gaduh pula. Tapi kalau tegur elok-elok pun dan still kata orang tu 'tak ada otak', entahlah nak kata apa dekat dia.

 Jadi, setakat ni sahajalah yang boleh ditulis. Siapalah yang nak layan? T.T Tak kisahlah... Tapi terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum dan jumpa lagi pada entri yang akan datang! Bye bye!!